• Facebook
  • Youtube
  • Twitter
  • RSS Feed
Header

Pengairan dan Saliran Pertanian

Projek Pengairan Seberang Perai Utara dan Tengah memperolehi sumber airnya dari Sg. Muda, Sg. Jarak dan Sg. Kulim melalui samada secara dipam atau secara graviti.

Bekalan air untuk Skim Pengairan Sg.Muda diperolehi dari Sungai Muda. Ianya mengunakan sistem pengepaman melalui stesen pam Bumbung Lima dan disalurkan melalui Taliar Sungai Muda untuk dibekalkan air dikeseluruhan Skim Sg.Muda Seluas 6120 ha.Skim Pengairan Pinang Tunggal masing-masing memperolehi melalui Stesen Pam Pinang Tunggal. Sebahagian air yang dipam dari Stesen Pam Pinang Tunggal pula dialirkan ke Sg. Kreh. Ianya merupakan salah satu anak sungai yang mengalir ke Sg. Jarak untuk kegunaan Skim Pengairan Pokok Tampang dan Blok Padang Menora. Kedua-dua blok ini mengunakan sistem pengepaman dari Sg. Jarak melalui Ibu Bekalan Sg. Jarak dan Stesen Pam Padang Cempedak. Skim Pengairan Sg.Kulim pula mendapat bekalan airnya dari Sg. Kulim melalui Ibu Bekalan Sg. Kulim. Ianya disalurkan melalui Taliair Sg.Kulim. Keseleluruhan keluasan Skim Sg. Kulim yang dibangunkan dengan sistem infra ialah 1408 ha.

Skim Pengairan Sg.Acheh merupakan sebahagian daripada kawasan jelapang padi yang dibangunkan oleh IADA Krian Sungai Manik pada tahun 1979. Pada tahun 1999, pengurusan dan pembangunan kawasan skim ini telah diambilalih IADA Pulau Pinang. Skim Pengairan Sungai Acheh dibahagikan kepada 2 blok iaitu Blok 27 dengan keluasan 759 hektar dan Blok 28 seluas 650 hektar dengan jumlah keseluruhan seluas 1389 hektar.Secara umumnya Sistem Pengairan Sg. Acheh mendapat bekalan air dari kolam Bukit Merah dan Rumah Pam Sg. Bogak yang terletak di Bagan Serai, Perak. Air dibekalkan melalui Terusan Utama, Terusan Sg. Acheh, taliair kedua, ketiga dan seterusnya ke sawah padi. Memandangkan skim ini terletak di bahagian hujung Sistem Rancangan Pengairan Krian kekerapan berlakunya kekurangan bekalan adalah tinggi terutamanya pada musim kemarau dan pada pertengahan musim apabila para petani memerlukan bekalan air secara serentak.

Di sebelah Daerah Barat Daya, bekalan air diperolehi terus dari Sungai Burung dengan mengunakan sistem graviti untuk Skim Pengairan Sungai Burung fasa 1 dan 2 melalui Taliair SA dan SB dan skim Padang Kemunting . Bagi skim pengairan Bakau Tok Kiat pula mengunakan sistem pengepaman mengalir menerusi Taliair Sg.Burung. Skim pengairan Pokok Kenanga pula mendapat bekalan air daripada Sg.Titi Teras yang mengalir melalui Taliair Pokok Kenanga .

 

SKIM

SUMBER AIR

CARA PEMBEKALAN

KELUASAN (HA)

Sg. Muda Sg. Muda Stesen Pam Bumbung Lima 6,120
Pinang Tunggal Sg. Muda Stesen Pam Pinang Tunggal 790
Sg. Jarak Sg. Muda Stesen Pam Pinang Tunggal 395
Sg. Jarak Ibu bekalan Sg. Jarak
Sg. Jarak Stesen Pam Pdg. Cempedak
Sg. Kulim Sg. Kulim Ibu Bekalan Sg. Kulim 1,408
Sungai Acheh Terusan Besar,KerianPintu Kawalan (Intake) 1,365
Sungai Burung

Sg.Burung

Ibu bekalan Sg. Burung

227
JUMLAH   10,305
LUAR SKIM
JELAPANG PADI
   2,477

  

Muka Surat 1 | 2 | 3

Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang
Jalan Jelawat, Seberang Jaya,
13700 Perai, Pulau Pinang.
Tel : 04-3907801
Fax no : 04-3907803
Hakcipta Terpelihara © 2019 Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Khamis, 27 Mac 2025
Ezyweb Content Management System