• Facebook
  • Youtube
  • Twitter
  • RSS Feed
Header

Kaedah Pengurusan Tanaman

Muka Surat 1 | 2 | 3 | 4
  • KAWALAN PEROSAK

Pemantauan perosak perlu dijalankan setiap minggu dan tindakan kawalan diambil jika perlu.

  1. Kawalan rumpai : Kenalpasti jenis, taburan dan intensiti rumpai yang bermasalah pada musim yang lepas. Sediakan tanah dengan sempurna. Guna racun pracambah dan selepas cambah yang sesuai. Kawal paras air supaya racun dapat bertindak dengan berkesan. Pantau rumpai dan jalankan penakaian rumpai jika perlu selepas 60 hari hingga matang.


  2. Kawalan Padi Angin : Kenalpasti taburan dan intensiti padi angin pada musim yang lepas. Laksana penyediaan tanah dengan sempurna supaya bank biji benih padi angin di dalam tanah dapat dikurangkan. Gunakan biji benih padi sah yang bebas dari padi angin. Tabur benih padi dalam air di kawasan yang mempunyai infestasi padi angin melebihi 10 %. Gunakan racun pracambah yang sesuai sehari selepas menabur. Takungkan air supaya racun dapat bertindak dengan berkesan. Pastikan paras air 5 – 10 cm sepanjang pertumbuhan pokok. Kawal paras air supaya racun bertindak dengan berkesan. Pantau padi angin dan jalankan penakaian selepas 30 hari hingga matang.

    padi angin

    Padi Angin



  3. Bena perang (Nilaparvata lugens) : Menyerang pada peringkat awal sehingga padi berumur 90 hari selepas tabur. Serangan menyebabkan daun kuning dan kemudian perang ‘hopper burn’. Perosak ini perlu diperiksa setiap minggu bermula dari umur sebulan untuk membuat keputusan penyemburan racun perosak. Sembur dengan racun serangga yang disyorkan jika populasi melebihi 20 ekor dewasa/m2 atau 200 nimfa/m2. 


     
  4. Bena belakang putih (Sogattela frucifera) : Menyerang pada peringkat awal sehingga padi berumur 90 hari selepas tabur. Serangan menyebabkan daun kuning dan kemudian perang ‘hopper burn’. Perosak ini perlu diperiksa setiap minggu bermula dari umur sebulan untuk membuat keputusan penyemburan racun perosak. Sembur dengan racun serangga yang disyorkan jika populasi melebihi 25 ekor dewasa/m2 atau 200-300 nimfa/m2.nilaparvada lugens
  5. Bena hijau (Nephotettix spp.) : Pembawa penyakit virus tungro. Bagi kawasan yang tiada sumber virus ini, penyemburan racun serangga tidak diperlukan. Bagi kawasan yang ada sumber virus tungro, sembur racun serangga yang disyorkan disamping kawalan kultura bagi mengurangkan sumber virus tungro.
     

  6. Kutu bruang (Scotinophora coarctata) : Menyerang pada peringkat awal tanaman sehingga 90 hari selepas tabur. Serangan menyebabkan pokok kuning dan kemudian perang ‘bug burn’.  Perosak ini perlu diperiksa setiap minggu bermula sebulan selepas menabur. Sembur dengan racun perosak yang disyorkan jika populasi melebihi 2 ekor dewasa/m2 atau 10 nimfa/m2 .

    bena perang

    Bena Perang

     



    kutu bruang

    Kutu Bruang

    bena perang

    Bena Perang

    Ustilaginoide virens

    Ustilaginoide virens

    serangga

    penanaman padi

    Penanaman Padi

    karah daun

    Karah Daun

    karah daun

    Karah Daun

    hawar daun

    Hawar Daun

    rhizcotonia soloni

    Rhizcotonia Soloni




  7. Pianggang (Leptocorisa acuta) dan Nezara (Nezara viridua) : Menyerang pada padi peringkat susu. Serangan menyebabkan padi hampa atau separuh isi. Periksa serangga ini pada peringkat susu. Sembur dengan racun serangga yang disyorkan jika populasi melebihi 2 ekor dewasa/m2.

  8. Bakanae (Gibberella fujikuroi) : Menyerang pada peringkat awal tanaman menyebabkan tiller / pokok yang diserang lebih tinggi dari anak bilah yang lain. Jika berlaku musim yang lalu rawat biji benih dengan racun kulat yang disyorkan.

  9. Bintik perang tirus (Cercospora oryzae) : Menyerang pada semua peringkat tanaman. Bintik perang halus lonjong berlaku pada daun, upih, tampok dan kulit padi. Sembur racun kulat jika serangan teruk (5 - 10 % serangan pada tanaman di dalam lot).

  10. Karah atau reput tangkai (Pyricularia oryzae) : Menyerang pada semua peringkat tanaman. Serangan boleh berlaku pada daun, buku batang, tangkai buah dan buah padi, Penggunaan baja N yang tinggi, kelembapan dan daun diliputi embun akan menggalakkan serangan penyakit ini. Terdapat bintik bujur/lonjong yang tajam di bahagian hujung berwarna oren kemerahan di tepi dan warna kelabu keputihan di tengah. Buat rawatan biji benih sebelum menanam dan sembur racun kulat yang disyorkan jika serangan teruk (5 - 10 % serangan pada tanaman di dalam lot).

  11. Hawar daun bakteria dan jalur daun bakteria (Xanthomonas oryzae) : Menyerang pada semua peringkat tanaman. Daun yang diserangi berbintik kecil basah atau jalur halus basah.  Jika serangan berlaku pada musim yang lalu, gunakan varieti padi yang rintang pada penyakit ini.

  12. Hawar seludang (Rhizoctonia solani) : Menyerang pada semua peringkat pertumbuhan terutamanya dari peringkat selepas pecah anak hingga matang. Bahagian seludang/upih daun yang berwarna kelabu kehijauan.  Ada sclerotia berbentuk macam biji sawi.  Sembur racun kulat pada peringkat pecah anak maksimum dan bunting jika serangan teruk (> 10% serangan pada tanaman di dalam lot). 

  13. Reput batang (Sclerotium rolfsii) : Menyerang pada peringkat akhir tanaman. Kerosakan yang tidak seragam kelihatan pada seludang daun di paras air. Lama kelamaan akan menyebabkan kerosakan pada seludang dan batang. Jika serangan berlaku pada musim lalu, gunakan varieti padi yang tahan penyakit ini dan bakar jerami dan tunggul untuk mengurangkan inokulum.


 

(3)

Muka Surat 1 | 2 | 3 | 4

Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang
Jalan Jelawat, Seberang Jaya,
13700 Perai, Pulau Pinang.
Tel : 04-3907801
Fax no : 04-3907803
Hakcipta Terpelihara © 2019 Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Khamis, 27 Mac 2025
Ezyweb Content Management System