AMALAN TEKNOLOGI TANAMAN PADI
Kini jentera jentera moden telah digunakan didalam penanaman padi dan tenaga manusia juga telah berkurangan disebabkan banyak tenaga manusia telah beralih ke sektor perindustrian. Petani juga perlu mengikut manual tanaman padi bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi.
![]() | ![]() | ![]() |
Membadai sawah | Mengapor sawah | Menanam anak padi |
Benih Padi | Untuk melaksanakan tanaman padi dengan amalan pengurusan disawah dengan baik sila ke Kaedah pengunaan manual tanaman padi. Penggunaan biji benih yang berkualiti merupakan satu langkah penting dalam pakej penanaman padi kerana ia dapat menjamin pengeluaran hasil yang tinggi dan mengurangkan padi angin. Disyorkan menggunakan biji benih berkualiti bagi mengatasi atau mengurangkan padi angin. Pengunaan benih padi yang baik dan sah juga adalah satu keutamaan. Terdapat beberapa pengeluar yang menghasilkan benih-benih padi yang sah di negara ini.. sila ke pengunaan benih padi sah. Di sawah-sawah, pemangsa adalah organisma kawalan biologi yang penting kerana ianya banyak membantu memusnahkan parasit/ mangsa perosak tanaman padi seperti labah-labah, kumbang kura-kura dan kutu air. Pemangsa-pemangsa ini banyak membantu disawah dengan memakan bena hujau, kupu-kupu, belalang, lelompat bena dan lalat. Parasit pula adalah seperti Penyengat dan lalat. Parasit-parasit ini adalah pengorek batang putih dan kuning pokok-pokok padi. Patagon adalah kulat, virus dan bakteria, ianya adalah spesis yang menjangkiti dan membunuh 90-95% populasi bena perang. Virus terpenting ialah virus polihedrosis nekleus dan granulolis, ianya membiak dan menyerang seranga bena, lelompat daun, pengorek batang, pelipat daun, kutu padi dan kutu hitam. Larva-larva yang dijangkiti virus akan menyebabkan ianya lemah dan tidak mahu makan. Untuk menghasil pengeluaran yang maksimum, IADA sedang melaksanakan plot demo projek tanaman padi untuk musim 1/2011 dan 2/2011. Ini adalah untuk:- | ||
Padi angin | |||
Bena perang |