Menabur Benih | Guna benih berkualiti (melebihi 80% percambahan, 98% ketulenan fizikal dan bebas  daripada benih padi angin)Guna kadar benih sebanyak 150 kg/ha. Rendam benih MR 219 dalam air bersih 48 jam dan toskan 24 jam untuk mendapatkan benih pra-cambah (pecah mata). (Rendam benih 24 jam untuk varieti lain) Keluarkan air dari petak sawah sebelum tabur. Tabur dengan mesin penyembur. Pastikan taburan sekata dengan membuat kalibrasi alat penyemburan supaya mencapai sekurang-kurangnya 600 biji benih/m2. Pastikan pertumbuhan awal anak benih  mencapai sekurang-kurangnya 400 anak benih/m2 di seluruh kawasan petak, Pastikan setiap kawasan mencapai sekurang-kurangnya 500 – 600 pokok/m2 di peringkat beranak maksimum. Pastikan setiap kawasan mencapai sekurang-kurangnya 500 tangkai/m2. Pastikan berat bersih pada tahap 2.25 g/tangkai atau sekurang-kurangnya 100 biji bernas setangkai. lihat pengunaan benih padi yang sah. |
Pengapuran
Tentukan pH tanah selepas menuai. Dapatkan pH antara 5.5 – 6.5. Tentukan kadar pengapuran bagi pH < 5.5 berdasarkan jadual di bawah:-
Nilai pH | Tahap | Kadar Kapur GML (tan/ha) |
5.0 - 5.49 | Sedikit masam | 1.5 |
4.5 - 4.99 | Masam | 3.0 |
< 4.49 | Sangat Masam | 5.0 |
Kadar Nutrien
Anggaran nutrien yang telah diambil dari tanah setiap musim
Nutrien | Kandungan Keseluruhan Dalam Pokok (kg/ha) | Kandungan Dalam Padi Sahaja (kg/ha) |
N | 347 | 287 |
P | 64 | 56 |
K | 393 | 117 |
Ca | 24 | 2.5 |
Mg | 25 | 13 |
S | 22 | 11 |
Keperluan dan masa membaja
Kadar pembajaan yang disyorkan untuk tanaman padi di Semenanjung Malaysia ialah 170 : 80 : 150 kg/ha N : P2O5 : K2O.
Membaja |
Keperluan dan masa membaja
Kadar pembajaan yang disyorkan untuk tanaman padi di Semenanjung Malaysia ialah 170 : 80 : 150 kg/ha N : P2O5 : K2O.
Hari Lepas Tabur | Hari Lepas Tabur | Peringkat Tanaman | Jenis Baha | Kadar Baja (kg/ha) |
- (20 - 30) | - (20 - 30) | Sebelum menabur | GML | ikut jadual kadar pengapuran |
15 - 20 | 15 - 20 | 3 helai daun | campuran (subsidi) | 25 (17:5 : 15.5 : 10) |
35 - 40 | 35 - 40 | Beranak aktif | Urea (subsidi) + Urea (Tambahan) + MOP | (46% N) + 35 (46% N) + 100 (60% K20) |
50 - 55 | 55 - 60 | Pembentukan tangkai | Sebatian (tambahan) + Urea (Tambahan) | 250kg (12 : 12 : 17 : 2 atau 13 : 13 : 21) + 35 (46% N) |
65 - 70 | 70 - 75 | Terbit | Sebatian (Tambahan) | 150 (12 : 12 : 17 : 2 atau 13 : 13 : 21) |
Pemantauan Kekurangan Nutrien N
Periksa tanda-tanda kekurangan nutrien N setiap 7 hari bermula dari 20 hari lepas tanam sehingga peringkat terbit. Tabur baja urea di kawasan yang menunjukkan tanda-tanda kekurangan nutrien N iaitu berwarna kekuningan (Leaf Color Chart kurang dari No. 3 bagi tanaman secara tabur terus dan No. 4 bagi tanaman secara mengubah).
![]() |
Pastikan paras air lebih kurang 5 cm semasa pertumbuhan awal dan peringkat beranak. Pastikan air dikekalkan lebih kurang 10 cm sepanjang peringkat pertumbuhan khasnya peringkat pembentukan tangkai (PI). Gunakan kayu pengukur (water depth peg) dengan memacaknya di muka pintu air keluar. Perlu adakan pintu kawalan air untuk mengawal paras air di sawah. Buang air pada masa yang sesuai iaitu selepas peringkat padi berisi penuh untuk padi masak sempurna dan pastikan tanah sawah kering 2 minggu sebelum menuai.