• Facebook
  • Youtube
  • Twitter
  • RSS Feed
Header

Pengairan dan Saliran Pertanian

JALAN LADANG

Jalan ladang merupakan sistem perhubungan asas yang sangat penting di kawasan sawah padi. Ianya adalah jalan keluar masuk utama yang menghubungkan kawasan sawah dengan dunia luar. Jalan ladang dibina bagi memudahkan pengunaan jentera-jentera seperti lori untuk tujuan pengangkutan benih atau hasil padi, jentera penuai untuk penuaian hasil dan kereta/motor bagi memudahkan petani pergi/balik ke sawah bagi mengerjakan sawah. Maka jalan-jalan ladang sediada yang sempit perlulah dilebarkan dan jalan-jalan yang rosak atau tidak sempurna perlulah dinaiktaraf. Perkara ini adalah penting kerana ianya adalah asas kepada permindahan teknologi dan pemodenan kawasan jelapang padi supaya mampu untuk menjadi sebuah industri yang berdaya saing. Sesetengah jalan ladang bukan sahaja digunakan untuk kegunaan pertanian bahkan digunakan juga sebagai laluan harian serta tujuan komersial. Keseluruhan panjang jalan ladang yang terdapat di kawasan jelapang padi IADA ialah 756,829m.Kebanyakan jalan ladang yang terdapat di skim pengairan IADA adalah dengan kelebaran 4m.

  

Muka Surat 1 | 2 | 3

Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang
Jalan Jelawat, Seberang Jaya,
13700 Perai, Pulau Pinang.
Tel : 04-3907801
Fax no : 04-3907803
Hakcipta Terpelihara © 2019 Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Khamis, 27 Mac 2025
Ezyweb Content Management System