Hari | Kerja / Aktiviti | Bahan | Tindakan | |
Jenis | Kadar | |||
45-65 | Meninjau dan mengawal hawar seludang | Racun kulat yang disyorkan - Lampiran i & ii | Ikut arahan label | *Tinjau secara rawak dilorong kerja dan periksa pokok padi setiap 50 langkah melibatkan sekurang-kurangnya 5 lokasi pemeriksaan/lot. *Jika tahap serangan melebihi 10% sembur diseluruh kawasan menggunakan racun kulat yang disyorkan. *Elakkan penggunaan baja Nitrogen berlebihan. |
Meninjau dan mengawal bena perang. | Racun serangga yang disyorkan - Lampiran i & ii | Ikut arahan label | *Periksa setiap minggu. *Jika melebihi tahap ETL sembur racun serangga yang sesuai. *Pastikan semburan sampai ke pangkal pokok padi. | |
Meninjau dan mengawal kutu beruang | Racun serangga yang disyorkan - Lampiran i & ii | Ikut arahan l label | *Periksa setiap minggu. *Jika melebihi tahap ETL sembur racun serangga yang sesuai. *Semburan dengan racun perosak yang disyorkan. | |
45-80 | Meninjau dan mengawal tikus | Racun tikus yang disyorkan - Lampiran i & ii | Ikut arahan label | *Ikut arahan label Ulangi pengumpanan sehingga kerosakan menurun ke paras bawah 5%. *Gunakan racun dari kumpulan generasi kedua sekiranya terdapat burung pungguk jelapang. |
50-60 | Membaja III (50-55 musim kering) (55-60 musim basah) | Baja sebatian (Tambahan) 12:12:17:2+TE / 13:13:21+TE / 12:6:22:3 Baja urea (Tambahan) | 250kg/ha | *Tabur 5 hari sebelum pembentukan tangkai (P1)bagi menjamin pembentukan tangkai dan spikelet yang maksimum. *Menabur baja dengan rata di seluruh kawasan dan pastikan air tidak mengalir keluar. *Jika dibawah bacaan tahap kritikal LCC no.3 tabur baja urea 50kg/ha (musim kering) atau 76kg/ha(musim basah) |
Mengurus paras air 10cm semasa peringkat Pembentukan tangkai | *Kekalkan air sehingga 15 hari sebelum menuai. | |||
Mengira bilangan pokok padi/m2 | *Sasaran 500 pokok/m2 dan dapatkan faktor-faktor yang menyebabkan bilangan pokok kurang bagi tujuan penambahbaikan dimusim akan datang. |