Kawalan Tikus (Rattus argentiventer & Rattus tiomanicus) : Kenalpasti kerosakan tikus musim lepas. Sekiranya paras Economic Threshold Level (ETL) melebihi 5 %, umpan tikus sebelum menabur. Tikus menyerang pada peringkat tabur benih, bunting dan berbuah. Pastikan tikus tidak menyerang sawah pada peringkat-peringkat ini. Kawal serangan tikus dengan Memasang kotak sarang burung pungguk setiap 40 ha dan kayu di 4 penjuru dan 250 m dari sarang burung pungguk jelapang. Bersihkan kawasan tanaman dari semak - samun.
Kecilkan saiz batas. Gunakan racun tikus semasa penyediaan tanah, atau semasa menabur dan semasa peringkat padi bunting (sekiranya tidak terdapat burung pungguk jelapang). - Bagi kawasan yang terdapat burung pungguk jelapang dan sekiranya serangan tikus melebihi ETL, gunakan racun tikus dari kumpulan generasi kedua.
Kawalan Siput Gondang Emas (Pomacea insularis, Pomacea canaliculata) :
Siput akan menyerang tanaman pada umur padi kurang dari 6 minggu di kawasan sawah yang airnya melebihi 1 cm dan ketinggian siput melebihi 1.5cm. Kawal siput dengan pendekatan IPM melalui kaedah seperti berikut:- Kutip telur musnahkan atau beri makan kepada itik. Bajak kering dan tabur kering. Pasang bubu atau jaring bersaiz 0.5 cm di pintu masuk air untuk memungut siput dan musnahkan atau beri makan kepada itik. Kurangkan air sawah ke paras 1 cm bagi menghalang siput daripada bergerak dan makan.Ratakan tanah supaya kedalaman air dapat disamakan dan dapat dialirkan dengan baik dan tiada lopak air. Gali parit ladang di sekeliling sawah untuk memudahkan pengutipan siput. Letakkan pancang kayu di kawasan parit ladang atau dalam bendang untuk siput bertelur dan memudahkan pengutipan telur. Letakkan umpan seperti kulit nangka, kulit cempedak, ubi kayu, daun pisang, daun keledek dan lain-lain sebagai umpan bagi memudahkan kutipan siput. Lepaskan itik di sawah sebelum menabur dan selepas padi berumur 35 hari. Gunakan racun siput niclosamide ethanolamine (bila perlu).
Racun Perosak Dalam Air Buangan Sawah :Jangan buang air dalam tempoh 21 - 28 hari selepas semburan racun perosak.
Tikus Sawah | Burung Pungguk |
Telur Siput Gondang | Gondang Emas |
PENUAIAN
Tuai apabila 85% biji padi dalam tangkai berwarna kuning (masak). Jentuai mesti bebas dari kotoran dan benih padi angin sebelum memasuki lot sawah.perasi jentuai mesti diawasi untuk mengurangkan kehilangan hasil dan menjamin kualiti hasil, melalui tumpuan pada perkara-perkara berikut:-
![]() | Jentuai beroperasi pada kelajuan yang sederhana (< 4 km/jam) supaya menghasilkan kualiti kerja yang baik dan mengurangkan kehilangan padi. Jentuai Beroperasi pada kecekapan yang tinggi. Untuk mengurangkan kehilangan hasil padi khususnya pada bahagian pengautbahagian pengaut dan pemotong (minimize head loss). Operasi jentuai mesti diawasi untuk mengurangkan kerosakkan pada tanah sawah, melalui tumpuan pada perkara-perkara berikut :- Jentuai perlu dibawa dengan cermat supaya kurang kerosakkan pada tanah khususnya pada sudut-sudut lot dan tapak memunggah hasil kepada lori (loading area for bulk handling). Jentuai perlu mengelakkan lokasi tanah lembik dalam lot sawah. |
ALAM SEKITAR
Racun Perosak Dengan Selamat : Baca label sebelum guna. Patuhi segala keterangan yang tercatat pada label. Sekiranya rawatan perlu diulangi, guna racun perosak yang mempunyai cara tindakan yang berlainan untuk mengurangkan kesan kerintangan. Jangan buangkan air ke parit utama dalam tempoh 21 – 28 hari selepas semburan racun.Â
KUALITI HASIL PADI
Biji padi mestilah bebas daripada varieti lain. Pertumbuhan padi pada paras nitrogen yang optimum akan memaksimumkan peratus pembentukan biji padi. Air di dalam sawah perlu dibuang tepat pada masanya bagi mendapatkan biji padi yang berkualiti tinggi.  Jika air dibuang terlalu cepat akan menyebabkan biji padi kering terlalu cepat mengakibatkan biji padi tidak matang sepenuhnya.  Jika air dibuang terlalu lambat menyebabkan tanah sawah berlumpur dan merumitkan kerja-kerja penuaian. Tuai apabila kematangan fisiologi iaitu 20 – 22% kelembapan biji padi atau 85% biji padi di dalam tangkai berwarna kuning bagi seluruh petak. Bagi operasi penuaian, jentuai hendaklah dibersihkan daripada rumpai, serangga dan lain-lain kotoran.
(4)