Benih padi sah adalah kategori benih padi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian.Ia dibiakkan daripada benih daftar mengikut syarat dan prosedur yang ditetapkan dan telah mendapat perakuan pematuhan piawaian mutu yang ditentukan dari aspek genetik, ketulinan jenis, fizikal, tahap percambahan dan peratus kelembapan. Benih daftar merupakan benih padi yang dibiakkan daripada benih asas yang diperolehi daripada MARDI. Benih padi sah ini hanya dikeluarkan oeh pengeluar-pengeluar yang dilantik oleh kerajaan. Dari sudut nilai penanaman, benih padi sah merupakan kategori benih yang tidak tercemar dengan bahan asing seperti rumpai, padi angin serta tidak dijangkiti oleh penyakit yang merbahaya. Ia mempunya potensi tinggi untuk tumbuh dengan baik apabila di tanam. Petani petani adalah di syor mengunakan benih padi yang sah dari segi mutu kawalan dan pengesahan kualiti :-
Pengurusan benih padi diperingkat ladang.
Varieti | Ciri-ciri penting |
MR211 | * Potensi hasil 9.6 tan/ha |
* Sederhana rintang terhadap penyakit hawar daun bakteria, penyakit merah virus dan bena perang. | |
* Rintang terhadap penyakit karah | |
MR219 | * Potensi hasil 10.73 tan/ha |
* Sederhana rintang terhadap penyakit hawar daun bakteria, penyakit merah virus, bena perang dan karah. | |
* Rintang terhadap penyakit hawar seludang. | |
MR220 | * Potensi hasil 9.64 tan/ha |
* Sederhana rintang terhadap penyakit merah virus, bena perang dan hawar seludang. | |
* Rintang terhadap penyakit hawar hawar daun bakteria. | |
MR232 | * Potensi hasil 9.6 tan/ha |
* Sederhana rintang terhadap penyakit hawar daun bakteria, penyakit merah virus, bena perang dan karah. | |
* Rintang kepada penyakit hawar seludang |
Muka Surat 1 | 2