Memastikan urusan harian Kewangan dan Logistik berjalan lancer.
Memastikan urusan-urusan pembayaran kepada pembekal diselesaikan denagn secepat mungkin.
Memastikan semua urusan jadual pergerakan pemandu dan penyelenggaraan kenderaan berjalan dengan lancar.
Memastikan urusan pembayaran emolumen dan tuntutan diselesaikan secepat mungkin.
OBJEKTIF KHUSUS
Menyemak dan memastikan semua Seksyen/Unit mempunyai peruntukan yang mencukupi dan betul bagi tujuan perancangan belanjawan dan perbelanjaan sebenar.
Memastikan semua urusan pembayaran bagi emolumen dan bekalan serta aset adalah diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan.
Memastikan semua aktiviti kewangan yang dilaksanakan adalah mengikut peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh Perbendaharaan dan Akauntan Negara serta pekeliling-pekeliling yang sedang berkuatkuasa.
FUNGSI
Bertanggungjawab mengurus semua jenis perbelanjaan mengurus dan pembangunan berdasarkan kepada Arahan Perbendaharaan Akauntan Negara Malaysia Kementerian.
Bertanggungjawab terhadap semua urusan jadual pergerakan pemandu dan penyelenggaraan kenderaan serta dokumen yang terlibat.
Bertanggungjawab mengurus emolumen dan tuntutan pegawai dan kakitangan.