• Facebook
  • Youtube
  • Twitter
  • RSS Feed
Header

Kaedah Pengurusan Tanaman Padi

Manual tanaman padi adalah panduan untuk menguruskan tanaman padi mengikut sasaran yang ditetapkan. Setiap Check Utama mestilah ditepati untuk pertumbuhan yang baik ke arah penghasilan tinggi. Pemantauan dan pemerhatian pokok dan status ladang dari segi pertumbuhan, pengurusan air, pembajaan, serangan rumpai dan perosak serta tuaian adalah penting untuk mengenalpasti masaalah dan mengambil tindakan penyelesaian segera.  Pertumbuhan tanaman perlu diperhati, diukur dan disimpan data untuk panduan pengurusan musim selanjutnya. Kita perlu belajar dari pengalaman dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mempertingkatkan pengurusan ladang setiap musim.

URUS tanaman mengikut sasaran yang ditetapkan.
MANTAU TANAMANPERHATI, UKUR DAN SIMPAN DATA pertumbuhan tanaman.
BANDING DAN ANALISA keputusan untuk mengenalpasti masalah.
AMBIL TINDAKAN untuk memperbaiki masalah pengurusan semasa dan di musim akan datang.
Sasaran pengsyoran

  • KESESUAIAN TANAH

    “Low permeability“ / keupayaan penyerapan air rendah < 0.01 m/hari.
    Tanah lanar laut bukan asid sulfat (non-acid sulfate marine clay).
    pH 5.5 – 6.5
    Terdapat lapisan padat (plough sole). Pengapuran untuk mendapatkan pH yang sesuai.
    Keupayaan Pertukaran Kation (KPK atau CEC) ialah > 20 cmol kg-1

     
  • REKABENTUK LADANG

    Susun atur petak dan permukaan sawah.
    Saiz sekurang-kurangnya 1 ha (50 – 60 m x 170 – 200 m).
    Bersekemuka dengan taliair (air masuk), parit buang (air keluar) dan ada parit dalam petak (mempercepatkan air keluar/masuk). 
    Kawalan air dalam petak secara individu.Tanah rata + 5 cm.Tanah lembut diperbaiki dengan memampatkan dengan tanah tambak.

    Taliair, Parit Buang dan Parit dalam petak. 
    Taliair, parit buang dan parit dalam petak bersih. Alat kawalan air berfungsi dengan baik.Pengaliran air masuk dan keluar dari sawah melalui parit dalam petak supaya cepat dan seragam.

  • MASA MENABUR

    Disesuaikan dengan tarikh padi masak dalam bulan yang kering atau kurang hujan.
     
  • PENANAMAN

Penyediaan Tanah 

Membajak sawah

Membajak Sawah

 Rancang penyediaan tanah supaya benih ditabur tepat pada  waktunya.Tanah mesti rata + 5 cm.Bersihkan petak sawah daripada jerami, tunggul, rumpai, anak padi liar, patogen dan telur perosak. Hasilkan ketulan tanah purata 5 cm dengan pembajakan roto.Pastikan kedalaman bajakan ialah 10 – 15 cm.Bajak seluruh kawasan termasuk sempadan lot dan sudut-sudut.Guna traktor besar berkuasa kuda 60 – 70 semasa tanah kering sahaja.Elakkan penggunaan traktor besar dalam keadaan basah kerana boleh menjejaskan lapisan tanah padat. Awasi semua operasi traktor supaya setiap aktiviti penyediaan tanah dijalankan dengan sempurna.Rawat tanah dengan baja organic atau bahan pemegang nutrien jika KPK < 20 cmol kg-1Masukkan air ke paras 3 – 5 cm. Guna sikat pacu (paddy drive harrow) bagi pembajakan akhir untuk mendapatkan ketulan purata 3 cm.

 (1)

Muka Surat 1 | 2 | 3 | 4

Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang
Jalan Jelawat, Seberang Jaya,
13700 Perai, Pulau Pinang.
Tel : 04-3907801
Fax no : 04-3907803
Hakcipta Terpelihara © 2019 Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Khamis, 27 Mac 2025
Ezyweb Content Management System