• Facebook
  • Youtube
  • Twitter
  • RSS Feed
Header

KURSUS PENGURUSAN BENCANA/ KEBAKARAN

28 -29 MEI 2024

Bahagian Khidmat Pengurusan IADA Pulau Pinang telah menganjurkan Kursus Pengurusan Bencana/Kebakaran. Objektif kursus ini dianjurkan adalah untuk memberikan pendedahan terhadap perlindungan pejabat dan memberikan pengetahuan secara umum mengenai pencegahan kebakaran di tempat kerja. Selain itu, program ini dapat memberikan pendedahan kepada kakitangan IADA Pulau Pinang untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi apa jua keadaan kecemasan yang mungkin berlaku di tempat kerja. 

Kursus yang dianjurkan ini telah disampaikan oleh Pegawai Bomba Kanan daripada Balai Bomba Perai yang mana ianya telah dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan IADA Pulau Pinang. Kursus ini telah dirasmikan oleh Puan Afifah Binti Ramli , Pegawai Pertanian Gred G44 dan turut serta didalam kursus ini juga ialah Puan Nortilawati , Jurutera Awam Gred J44. 

Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang
Jalan Jelawat, Seberang Jaya,
13700 Perai, Pulau Pinang.
Tel : 04-3907801
Fax no : 04-3907803
Hakcipta Terpelihara © 2019 Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Khamis, 27 Mac 2025
Ezyweb Content Management System