Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan kurnia dan izinnya laman web ini dapat dilaksanakan bagi memaparkan pencapaian IADA Pulau Pinang sejak ditubuhkan dalam tahun 1983. Walaupun terdapat dari segi fokus aktiviti sepanjang 28 tahun yang lalu, matlamat asas iaitu meningkatkan taraf hidup golongan petani di Pulau Pinang akan diteruskan.
Peranan IADA Pulau Pinang adalah untuk menyediakan infra supaya para petani dapat meningkatkan produktiviti serta memperolehi pendapatan yang maksimum melalui amalan teknologi pertanian terkini dan perkhidmatan sokongan yang berkesan. Program dan strategi yang dirangka secara bersepadu, pragmatik dan disesuaikan dengan dasar Negara serta keperluan semasa.
Alhamdulilah, matlamat meningkatkan infrastruktur pengairan di kawasan jelapang padi telah Berjaya disiapkan pada akhir RMK-7. Selaras dengan matlamat meningkatkan hasil padi kepada 6.5m/tan/ha/musim. Program menaiktaraf infrastruktur diteruskan dengan menambah ‘direct access’ bagi setiap lot-lot sawah diseluruh jelapang padi di Pulau Pinang.
Dengan corak peningkatan hasil tanaman padi dari tahun ke tahun, ini menambah kenyakinan kami bahwa matlamat meningkatkan hasil padi kearah 6.5m/tan/ha akan dapat dicapai dalam masa yang terdekat. Kenyakinan ini bertambah dengan wujudnya komitmen tinggi yang sentiasa diberikan oleh Jabatan atau agensi serta pihak swasta yang terlibat secara langsung dengan perlaksanaan program/projek peningkatan hasil padi disemua peringkat.
Kepada semua pegawai, kakitangan dan komponen-komponen yang terlibat, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan teruskan usaha murni kita kearah pembentukan petani yang progresif dan berdaya saing. Kepada pengunjung lawan web kami, semuga ianya dapat membantu anda memperolehi maklumat yang diperlukan. Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk pandangan dan teguran bagi menambahbaik laman web ini dari masa ke semasa.
Akhir kata, selamat melayari laman web ini, semoga anda semua dapat menjadikan maklumat ini sebagai panduan dalam merealisasikan “Pertanian Adalah Perniagaan”
Sekian, terima kasih.