SENARAI TUGAS PEGAWAI ASET
BAGI INSTITUSI / JABATAN / BAHAGIAN DAN PTJ
DI BAWAH KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA
Pengenalan
- Mengetuai Bahagian/Seksyen/Unit Pengurusan Aset (UPA) bagi memastikan Pengurusan Aset Alih Kerajaan dijalankan selaras dengan peraturan yang ditetapkan dalam 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) – Pengurusan Aset (KP).
- Menyelaras pelantikan Pegawai Aset, Pegawai Pemeriksa Aset dan Lembaga Pemeriksa Pelupusan bagi PTJ-PTJ di bawah seliaannya termasuk Penolong Pegawai Aset.
- Mewujudkan Pelan Perancangan Pengurusan Aset yang sistematik dan berkesan bagi mengurus aktiviti-aktiviti Pengurusan Aset Alih Dan Stor termasuk mengadakan kursus atau ceramah, taklimat keselamatan aset, pemeriksaan mengejut dan naziran ke PTJ-PTJ dibawah seliaannya.
- Menyelaras peranan dan tanggungjawab Penolong Pegawai Aset di unit kecil/wad/ klinik/ kolej/ makmal dan lain-lain unit di bawah seliaannya.