FUNGSI SEKSYEN PROJEK KHAS
- Merancang, melaksana dan menyelia program pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran pertanian dalam bidang keberhasilan ekonomi utama Negara (NKEA).
- Menyiasat, merekabentuk dan membina sistem pengairan dan saliran pertanian dalam bidang keberhasilan ekonomi utama Negara (NKEA).
- Menaiktaraf infrastruktur jalan ladang, lintasan dan jambatan bagi kemudahan mekanisasi ladang serta pengangkutan untuk membawa input dan output pertanian dalam bidang keberhasilan ekonomi utama Negara (NKEA).
- Memberi khidmat nasihat serta ulasan teknikal terhadap perkhidmatan perunding untuk pembangunan kawasan padi dalam bidang keberhasilan ekonomi utama Negara (NKEA).
- Merancang dan melaksana program pemodenan infrastruktur sistem pengairan dan saliran pertanian seperti otomasi peralatan termasuk sistem SCADA serta program inovasi dan teknologi terkini seperti teknologi hijau, penjimatan tenaga dalam bidang keberhasilan ekonomi utama Negara (NKEA).
- Melaksana kerja-kerja pengurusan kontrak dan sebutharga. Melaksanakan sistem pengurusan berkualiti MS ISO 9001:2008 iaitu Pengurusan Kontrak Pembinaan.
- Mengurus dan melaksana kerja-kerja untuk projek-projek pembangunan daripada agensi-agensi lain di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani.
- Mengurus pembangunan serta penyelenggaraan bangunan pejabat, kuaters serta premis-premis IADA yang lain serta juga bagi agensi-agensi lain di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani apabila dikehendaki.