
6 Jun 2024
IADA Pulau Pinang telah menganjurkan Kursus Pemantapan dan Latihan Pengukuhan Koperasi di Kawasan Jelapan Padi Negeri Pulau Pinang pada 6 Jun 2024 (Khamis) bertempat di Escape, Pulau Pinang.
Objektif kursus ini dianjurkan adalah untuk memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta yang hadir disamping itu ianya juga dapat mewujudkan kerjasama komunikasi dikalangan Ahli Koperasi Kelompok Padi Pulau Pinang.
Program ini telah dihadiri oleh 60 orang peserta yang terdiri daripada peserta daripada pelbagai koperasi padi di Negeri Pulau Pinang. Turut hadir bersama pada program ini ialah Encik Rizal Bin Salim, Jurutera Bahagian Kejuruteraan Pertanian Pegawai Pertanian IADA Pulau Pinang.
