• Facebook
  • Youtube
  • Twitter
  • RSS Feed
Header

Latar Belakang

Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang (Integrated Agricultural Development Project – IADP) merupakan salah satu kawasan pembangunan pertanian bersepadu di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia. Ia diwujudkan dengan menggunakan pendekatan pembangunan kawasan secara “in-situ” sejak tahun 1983, selepas satu kajian mendalam mengenai infrastruktur tanaman padi dan tanaman kekal dijalankan.

Pada peringkat awal penubuhan IADP, kawasan operasinya meliputi seluruh kawasan pertanian iaitu sekitar 67,000 hektar atau 64% daripada keluasan negeri. Ianya meliputi empat daerah iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai tengah,Seberang Perai Selatan dan Barat Daya, Balik Pulau. Dalam RMKe-7 dan RMKe-8, IADP hanya menumpukan perhatian kepada pembangunan kawasan jelapang padi sahaja dan Pulau Pinang merupakan pengeluar padi terbesar di Malaysia dimana sebanyak 10,305 hektar didalam kawasan skim jelapang padi dan 2,477 hektar diluar kawasan skim pengairan. Ini memberi anggaran pulangan hasil dengan 105,498 tan metrik untuk pengeluaran beras. IADP Pulau Pinang selain terlibat didalam penyediaan kemudahan insfrastuktur turut terlibat di dalam projek-projek hiliran.

Dalam RMK ke-9, IADP telah memperluaskan aktiviti hilirannya selain kawasan jelapang padi dengan pelbagai subsektor seperti tanaman sayuran, ternakan, perikanan dan industri asas tani. Perlaksanaan projek melibatkan penyedian kemudahan infrastrukrur untuk pembangunan kawasan pertanian bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi petani dalam kawasan tersebut. Pada tahun 2007, IADP telah ditukarkan kepada kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang (Integrated Agricultural Development Area-IADA) dan memberi tumpuan kepada hasil pengeluaran padi dan menjadi Jelapang Padi Negara.

WAWASAN

Selaras dengan dasar kerajaan persekutuan, wawasan IADA Pulau Pinang ialah menjadikan sektor pertanian mampu bertahan, berdayasaing dan saling melengkapi antara sektor bagi pengoptumkan pertumbuhan ekonomi dan mencapai pembangunan yang seimbang.

MATLAMAT

  1. Meningkatkan produktiviti dan memaksimumkan pendapatan golongan sasar supaya perbezaan pendapatan dengan sektor- sektor lain dapat dikurangkan.

  2. Memodenkan sektor pertanian supaya sistem pengeluarannya cekap, menjimatkan tenaga manisia dan mampu bersaing dipasaran dalamm dan luar negara.

  3. Membangunkan golongan sasar supaya menjadi masyarakat berdisiplin, berdidikasi, progresif dan bersemangat keusahawanan.
     

STRATEGI PERLAKSANAN

  1. Mengamalkan pendekatan bersepadu dalam merangka perancangan dan perlaksanan projek.

  2. Melengkapkan kemudahan asas di kawasan pertanian

  3. Mengantikan kawasan tanaman padi tertentu denga tanaman selain padi yang lebih menguntungkan dan yang mempunyai nilai yang lebih tinggi.

  4. Mengoptimumkan pengunaan tanah dengan cara menggalakkan sistem tanaman bersepadu dan pertanian secara insentif.

  5. Menggalakkan pertanian bercorak komersial dan perladangan. 

  6. Menekan espek pembangunan manusia dan organisasi didalam setiap perancangan projek. 
Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang
Jalan Jelawat, Seberang Jaya,
13700 Perai, Pulau Pinang.
Tel : 04-3907801
Fax no : 04-3907803
Hakcipta Terpelihara © 2019 Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Khamis, 27 Mac 2025
Ezyweb Content Management System