• Facebook
  • Youtube
  • Twitter
  • RSS Feed
Header

Industri Padi Di Negeri Pulau Pinang

Padi adalah tanaman yang penting untuk negara Malaysia. Tanaman padi merupakan tanaman makanan utama Negara. Beras merupakan makanan ruji penduduk Malaysia. Sehingga kini kadar pengeluaran beras Negara sebanyak 75% sahaja
Penggunaan biji benih yang berkualiti merupakan satu langkah penting dalam pakej penanaman padi kerana ia dapat menjamin pengeluaran hasil yang tinggi dan mengurangkan padi angin.

DaerahJelapang Padi
(Ha)
Luar Jelapang
(Ha)
Kesuluruhan
(Ha)
Barat Daya22783310
Seberang Prai Tengah1,4081,1842,592
Seberang Prai Utara7,3051,2108,515
Seberang Prai Selatan1,36501,365
JUMLAH10,3052,47712,782

Jelapang Padi & Luar Jelapang Piechart

Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang (IADA) adalah sebuah agensi kerajaan dibawah Kementerian Pertanian Malaysia dan Industri AsasTani Malaysia. Fokus utama IADA tertumpu pada pembangunan sektor tanaman padi dan hanya tertumpu pada kawasan jelapang padi di Pulau Pinang untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi purata daripada 5.6 m./t/ha kepada 6.5 m/t/ha. menjelang 2015 (RMK10). Keseluruhan infra telah dilaksanakan dan ini banyak membantu memudahkan kerja-kerja petani dari segi kegunaan jentera moden di sawah. Bermula dari mengunakan jentera menebas tunggul padi hinggalah mengangkut padi ke kilang. Di Pulau pinang ini terdapat empat skim secara langsung dibangunkan sebagai Jelapang Padi iaitu di Skim Sg.Muda (SPU), Skim Sg.Kulim (SPT), Skim Sg.Acheh (SPS) dan Skim Sg.Burung di Barat Daya.

 

Muka Surat 1 | 2 | 3

Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang
Jalan Jelawat, Seberang Jaya,
13700 Perai, Pulau Pinang.
Tel : 04-3907801
Fax no : 04-3907803
Hakcipta Terpelihara © 2019 Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Khamis, 27 Mac 2025
Ezyweb Content Management System